Followers

Sunday, July 21, 2013

PUDING JAKARTA - menu buka puasa



Bahan-bahan

Bahan A
1 tin susu pekat manis
1 1/2 tin air
5 sudu besar tepung jagung
3 biji kuning telur
secubit garam
1 tudung esen vanilla

Bahan B
1 tin buah peach / buat campuran (ayam brand)
Krystal Jelly - perisa strawberry atau resberry

Cara membuat
Campurkan semua bahan A dalam periuk kacau hingga peakat dan berkilat. Tuangkan dalam acaun yang dikehendaki dan disejukkan.

Buah peach dipotong memanjang dan disusun dalam bekas mengikut kreativiti masing-masing.

Jelly dimasak mengikut sukatan pada kotak dan dituang pada bekas secara perlahan agar buah peach dalam kedudukan asal. Dah siap ..... Selamat mencuba yea memang sedap.

Thursday, June 7, 2012

Minum petang dengan Elbow Pasta Baked

Hari ni cg zue try buat pasta baked. Resepi asal cg zue ambil dari blog mat gebu tapi di ubahsuai mengikut bahan yang cg zue ada dirumah. Rasanya memang sangat sedap .... anak-anak puji dan nak lagi ...
 Tengah masak di oven


 Dah siap ... masih panas lagi


 Jom makan .....
 Elbow pasta baked
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram pasta elbow
150 gram daging ayam kisar*
1/2 camca teh serbuk ketumbar*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1/2 inci halia, tumbuk halus*(*digaul rata dan perap sekejap)
1 sudu kecil oregano
1 biji bawang besar sair sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1/2 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 botol sos pasta "prego"
Lada hitam kisar secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa
Oregano, untuk ditabur
Parutan keju mozarella secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta elbow dalam air mendidih bergaram hingga lembut atau ikut arahan pada bungkusan pasta. Toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis  bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan daging ayam  yang diperap tadi dan serbuk oregano. Kacau rata dan masak hingga daging ayam berubah warna. Masukkan cili merah, cili hijau dan sos pasta tadi. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Tambah mix vege dan kacau rata. Masukkan pasta dan gaul rata. Perasakan dengan sedikit garam. gula dan serbuk lada hitam. 
  4. Masukkan juga 1 camca teh herba oregano, kacau dan masak hingga hampir kering, rasa dan jika masak boleh matikan api. Tuang dalam bekas yang telah dilenser dengan mentega . Tabur parutan keju mozarella rata2 atasnya dan tabur juga sedikit oregano dan lada hitam.
  5. Bakar pada suhu 190 selama 25 minit atau hingga permukaannya perang sedikit. Hidangkan sama ada panas atau suam. 

Sunday, May 27, 2012

Projek Decoupage - Tin Coklat Van Houtan dan Botol Jem/Sos

Projek cuti sekolah yang lepas. Cg zue ni bukanlah tere sangat ni cubaan pertama. Tapi bila siap cantik pulak boleh buat hiasan di rumah.

Sunday, February 20, 2011

KELAS DECOUPAGE

Bersama sifu kami kak liza

Akhirnya tercapai juga hasrat ku untuk mengikuti kelas decoupage ibarat kata impian menjadi kenyataan. Terima kasih banyak-banyak kepada kak liza dari jija cottage sudi mengajar kami se
semua ... Selepas ni bolehlah buat decoupage sendiri ....

Sedang asyik menggunting tisu ... excited sangat


Hasil decoupage ku yang pertama .... cantik kan ...

Bersama kawan-kawan yang turut sama mengikuti kelas

Wednesday, February 9, 2011

Cara Menghias Ruang Sempit Supaya Nampak Luas


MENGHIAS ruang kecil menguji kesabaran dan kreativiti. Sebenarnya, ruang kecil boleh menjelma selesa andai kena gaya adunannya. Ikuti sepuluh panduan menghias.
1. Menghias ruang tamu sempit
Ruang tamu paling penting kerana menjadi tempat bersantai, bersembang malah berhibur. Keselesaan amat dialu-alukan menerusi susun atur perabot menepati fungsi.
Buang perhiasan tidak perlu dengan meninggalkan satu dua yang dikira penting meliputi majalah di atas meja, bekas bunga, kusyen hiasan dan sebagainya.
Elak menempatkan stereo, arca dan jambangan bunga di lantai. Kalaupun ingin menjadikannya seri ruang, pastikan ia ditempatkan di rak khusus buatnya. Manfaat ruang sebaiknya, misalnya menempatkan set televisyen di rak pasang siap di penjuru dinding.
2. Kelengkapan bilik tidur kecil
Hadkan bilangan perabot. Fungsi bilik tidur sebagai tempat melelapkan mata sekali gus katil ukuran besar patut dijadikan pilihan utama.
3. Ruang keluarga bersuasana lapang
Zahirkan suasana lapang menerusi susun atur santai ruang duduk. Tempatkan kerusi beg kacang untuk keselesaan duduk. Kerusi berkenaan boleh dialih jika anda perlu melapangkan ruang. Di pasaran, ada pelbagai pilihan warna dan bentuk kerusi beg kacang mengikut kesesuaian gaya kediaman.
4. Ilham untuk ruang makan terhad keluasan
Pilih meja berukuran kecil atau jenis boleh dilipat. Meja lipat boleh dikecilkan jika anda ingin menggunakan ruang untuk tujuan tertentu misalnya ketika meraikan tetamu dan menganjurkan majlis istimewa.
Kabinet hiasan penjuru selain mempamerkan himpunan peralatan menghidang peribadi juga membantu menjimat ruang.
5. Menangani ruang dapur sempit
Permukaan kaunter meja warna cerah secara tidak langsung menitipkan persekitaran lapang. Selain itu, anda digalakkan membina kabinet siap dipasang unit dasar dan gantung.
6. Bilik air kecil bertukar luas
Suntik keserian kamar mandi menerusi latar warna sejuk yang memantulkan cahaya, tona putih, pastel dan warna semula jadi. Himpunan warna ini mampu membuatkan ruang sekali ganda luas.
Tonjolkan corak jalur menegak di dinding yang menampakkan siling lebih tinggi. Pilihan langsir sheers membenarkan kemasukan cahaya semula jadi sekali gus menjadikan ruang lebih luas dan terbuka.
Binaan ruang penyimpanan, rak dan para menjamin kekemasan susun atur kelengkapan bilik mandi.
7. Perabot pangsapuri sempit
Kunjungi pangsapuri contoh yang di tata hias bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai ukuran dan jenis perabot patut dipilih. Kebanyakan perabot yang ditonjolkan menawarkan ukuran serasi ruang, direka bentuk menghiasi penjuru dinding dan sesetengahnya dilengkapi ruang penyimpanan pintar iaitu barang ditempatkan di laci atau rak simpanan tersembunyi.
8. Cermin dinding
Cermin hiasan berupaya mewujudkan kesan luas secara ilusi. Gantung di tempat strategik terutama dinding bertentangan jendela bagi mendapatkan pantulan panorama luar, di dinding menghadap pintu dan di ruang yang memuatkan himpunan karya seni.
9. Dinding berwarna
Menggunakan tema warna sama bagi dua ruang berbeza mampu menghapuskan sempadan ruang. Namun, cara ini hanya boleh dicuba di bilik berkembar. Hindari penggunaan warna gelap dan kertas dinding bercorak sarat jika tidak mahu ruang kecil tambah terhimpit.
10. Teknik terbaik menjimat ruang
Kabinet buku siap dibina berkembar rak penyimpanan di bawahnya antara kaedah terbaik menjimat ruang. Kalau boleh bina sekali rak tambahan yang boleh menempatkan set televisyen dan stereo.



Snap Shots

Get Free Shots from Snap.com