Sunday, May 27, 2012
Projek Decoupage - Tin Coklat Van Houtan dan Botol Jem/Sos
Sunday, February 20, 2011
KELAS DECOUPAGE
Akhirnya tercapai juga hasrat ku untuk mengikuti kelas decoupage ibarat kata impian menjadi kenyataan. Terima kasih banyak-banyak kepada kak liza dari jija cottage sudi mengajar kami se
semua ... Selepas ni bolehlah buat decoupage sendiri ....
semua ... Selepas ni bolehlah buat decoupage sendiri ....
Wednesday, February 9, 2011
Cara Menghias Ruang Sempit Supaya Nampak Luas

MENGHIAS ruang kecil menguji kesabaran dan kreativiti. Sebenarnya, ruang kecil boleh menjelma selesa andai kena gaya adunannya. Ikuti sepuluh panduan menghias.
1. Menghias ruang tamu sempit
Ruang tamu paling penting kerana menjadi tempat bersantai, bersembang malah berhibur. Keselesaan amat dialu-alukan menerusi susun atur perabot menepati fungsi.
Buang perhiasan tidak perlu dengan meninggalkan satu dua yang dikira penting meliputi majalah di atas meja, bekas bunga, kusyen hiasan dan sebagainya.
Elak menempatkan stereo, arca dan jambangan bunga di lantai. Kalaupun ingin menjadikannya seri ruang, pastikan ia ditempatkan di rak khusus buatnya. Manfaat ruang sebaiknya, misalnya menempatkan set televisyen di rak pasang siap di penjuru dinding.
2. Kelengkapan bilik tidur kecil
Hadkan bilangan perabot. Fungsi bilik tidur sebagai tempat melelapkan mata sekali gus katil ukuran besar patut dijadikan pilihan utama.
3. Ruang keluarga bersuasana lapang
Zahirkan suasana lapang menerusi susun atur santai ruang duduk. Tempatkan kerusi beg kacang untuk keselesaan duduk. Kerusi berkenaan boleh dialih jika anda perlu melapangkan ruang. Di pasaran, ada pelbagai pilihan warna dan bentuk kerusi beg kacang mengikut kesesuaian gaya kediaman.

4. Ilham untuk ruang makan terhad keluasan
Pilih meja berukuran kecil atau jenis boleh dilipat. Meja lipat boleh dikecilkan jika anda ingin menggunakan ruang untuk tujuan tertentu misalnya ketika meraikan tetamu dan menganjurkan majlis istimewa.
Kabinet hiasan penjuru selain mempamerkan himpunan peralatan menghidang peribadi juga membantu menjimat ruang.
5. Menangani ruang dapur sempit
Permukaan kaunter meja warna cerah secara tidak langsung menitipkan persekitaran lapang. Selain itu, anda digalakkan membina kabinet siap dipasang unit dasar dan gantung.
6. Bilik air kecil bertukar luas
Suntik keserian kamar mandi menerusi latar warna sejuk yang memantulkan cahaya, tona putih, pastel dan warna semula jadi. Himpunan warna ini mampu membuatkan ruang sekali ganda luas.
Tonjolkan corak jalur menegak di dinding yang menampakkan siling lebih tinggi. Pilihan langsir sheers membenarkan kemasukan cahaya semula jadi sekali gus menjadikan ruang lebih luas dan terbuka.
Binaan ruang penyimpanan, rak dan para menjamin kekemasan susun atur kelengkapan bilik mandi.
7. Perabot pangsapuri sempit
Kunjungi pangsapuri contoh yang di tata hias bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai ukuran dan jenis perabot patut dipilih. Kebanyakan perabot yang ditonjolkan menawarkan ukuran serasi ruang, direka bentuk menghiasi penjuru dinding dan sesetengahnya dilengkapi ruang penyimpanan pintar iaitu barang ditempatkan di laci atau rak simpanan tersembunyi.
8. Cermin dinding
Cermin hiasan berupaya mewujudkan kesan luas secara ilusi. Gantung di tempat strategik terutama dinding bertentangan jendela bagi mendapatkan pantulan panorama luar, di dinding menghadap pintu dan di ruang yang memuatkan himpunan karya seni.
9. Dinding berwarna
Menggunakan tema warna sama bagi dua ruang berbeza mampu menghapuskan sempadan ruang. Namun, cara ini hanya boleh dicuba di bilik berkembar. Hindari penggunaan warna gelap dan kertas dinding bercorak sarat jika tidak mahu ruang kecil tambah terhimpit.
10. Teknik terbaik menjimat ruang
Kabinet buku siap dibina berkembar rak penyimpanan di bawahnya antara kaedah terbaik menjimat ruang. Kalau boleh bina sekali rak tambahan yang boleh menempatkan set televisyen dan stereo.
Posted in Uncategorized
Thursday, January 13, 2011
::1st Giveaway::
Tupperware with Love menawarkan hadiah yang menarik.
Hadiahnya akan diberitahu kelak.
Caranya :
1. Hanya jadi FOLLOWER Tupperware with Love
3. Dan ajak kekawan, sedara mara join dan jadi 'Follower' blog ini.
Senang dan mudah kan?
Hanya semudah 1,2,3
Anda mungkin menang hadiah bernilai RM150.00
Notakaki:
tarikh akhir ialah 31 Januari 2011
LYNN'S BURSDAY GIVEAWAY
Sesiapa yang nak join ni syaratnya ..... KLIK KAT GAMBAR ATAS YEA ....SYARAT PENYERTAAN:
-Jadi follower saya bagi yang tak jadi lagi
(sebab nak menambahkan persahabatan)
-Buat 1 entry yang bertajuk LYNN'S BURSDAY GIVEAWAY
-Letakkan blog saya di list blog anda
-Tag TIGA kawan anda dan bagi info kat dia suh join(klu dia taknak tak per)
-Pastekan gambar atas nie kat tempat post n kat sidebar anda dan linkkan skali tau.
-Buat satu entri pasal giveaway ni dan tinggalkan komen di entry ini yang mengandungi nama dan link entry anda untuk saya kenalpasti nanti.
Tarikh luput jatuh pada 20hb. Januari 2011 iaitu pada hari Khamis tau.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















