Berikut adalah serba sedikit petua dalam menghias ruang tamu rumah anda.
1. Pilih perabot yang sesuai dengan saiz ruang tamu.
2. Pastikan jarak di antara satu sofa atau kerusi tidak terlalu jauh.
3. Serikan ruang tamu dengan pokok hidup atau sejambak bunga.
4. Jangan letak pokok plastik kerana ia akan membuatkan ruang tamu nampak kaku.
5. Segarkan ruang tamu dengan meletakkan semangkuk pot-pouri atau nyalakan lilin wangi yang diletak di dalam mangkuk air.
6. Jangan letakkan televisyen di ruang tamu kerana akan mengganggu perbualan. Bagaimanapun jika terpaksa kerana tidak ada ruang lain maka terpaksalah juga meletakkan televisyen di ruang tamu.
7. Jangan terlalu padat ketika menyusun perabot kerana lebih ringkas adalah lebih baik.
8. Bagi ruang yang sempit, warna dinding mestilah terang kerana warna gelap akan menampakkan ruang menjadi sempit. Pilih warna-warna lembut seperti putih, kuning air dan krim. Dinding yang dicat dengan warna putih atau warna lembut mudah disesuaikan dengan apa sahaja warna sofa atau bingkai gambar.
9. Rumah yang mempunyai banyak sudut atau berbelok-belok boleh dicat dengan warna berbeza pada setiap sudut.
10. Rumah yang banyak barang tidak sesuai menggunakan kertas dinding kerana rumah akan nampak lebih berserabut.
11. Rumah yang tak banyak perabot boleh menggunakan kertas dinding tetapi jangan semua dinding diletakkan kertas dinding. Letak pada satu bahagian sahaja.